Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan keizinannya serta dengan kerahmatannya profail kampung dapat disiapkan dengan jayanya.

Profil kampung amat penting kepada kita semua untuk melihat segala perkara yang berlaku di kampung kita sama ada dari segi ekonomi, sosial, politik, pendidikan, keagamaan sukan dan keselamatan kampung serta lain-lain aktiviti yang dijalankan.

Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan ahli J3K di atas kesungguhan mereka untuk mendapatkan segala kemudahan infrastruktur yang lebih baik untuk keselesaan masyarakat di kawasan kita ini. Kesungguhan dan ketekunan kerja berpasukan amatlah saya kagumi.

Tahniah juga saya ucapkan kerana J3K Kampung Baru Kemasik dapat menjalankan aktiviti – aktiviti bersama penduduk kampung dan ianya berjaya dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Berkat kerjasama serta saling membantu didalam setiap aktiviti dan inilah hasilnya. Saya berharap sikap ini akan terus tersemai didalam setiap ajk J3K Kampung Baru Kemasik.Semoga hasrat kerajaan di dalam melaksanakan prinsip TTB akan tercapai.Wassalam



Sekian terima kasih.

MOHD KHAIRUDDIN BIN NGAH
PENGHULU MUKIM KEMASIK