Kedudukan Kg .Baru  kemasik, disebelah Timurnya Pekan kemasik yang disempadankan oleh sebatang anak sungai yang bernama Sungai Sekilir, disebelah baratnya bersempadan dengan kampung Semanyor yang disempadankan dengan leretan Bukit Cangkul.

Manakaladisebelah selatannya yang disempadankan dengan Kg.Baru Kiri Kemasik yang dipisahkan oleh sebatang jalan raya yang menghubungi Pekan Kemasik dengan Kg.Air Jernih.Disebelah utaranya bersempadanan dengan Mukim Kerteh yang dipisahkan oleh leretan bukit Pok Yah hingga ke Hala Medang.