Menurut cerita orang tua tua,kampung ini adalah merupakan sebuah kampung asal bagi Kemasik,yang dahulunya dikenali dengan panggilan KG.DARAT KEMASIK. Bekas-bekas peninggalan yang boleh dianggap bahan sejarah atau bukti kukuh masih  boleh didapati,seperti tanah perkuburan dan pengkalan mandi di Cerong piring yang digunakan oleh masyarakat ketika itu.

Peneroka asal kampung ini,terdiri dari beberapa keluarga pendatang dari Patani iaitu kira-kira 200 tahun yang lampau. Memandangkan kawasan perkmpungan ini terletak agak pendalaman ,maka ianya diberi nama Kampung Darat Kemasik.

Sumber rezeki semasa itu ialah berkerja sebagai nelayan,bertani serta mencari hasil hutan seperti damar batu,rotan,kayu dan sebagainya.memandangkan sumber rezeki pada masa itu adalah nelayan,maka ramailah penduduk berpindah kekawasan yang berhampiran dengan pantai (Tanjung kemasik didalam pekan Kemasik) dan tinggalah Kg.Darat kemasik kesepian dan kesunyian tidak berpenghuni.

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu dan sewaktu tanah Melayu dibawah pemerintahan Jepun lah,kampung baru ini mula diterokai semula dan dijadikan tempat perlindungan dari kekejaman tentera Jepun.Di kampung inilah penduduknya mula menanam padi untuk pengeluaran makanan.

Dengan penerokaan baru inilah ,munculnya berbagai nama kampung -kampung kecil seperti Kampung Cherong Ajar,Kampung Sarang Lang.Kampung Tok Kaya dan Kampung Baru sendiri,yang ahkirnya disatukan dengan panggilan Kampung Baru Kemasik.Kampung kampung ini hanya dipisah dengan sebatang jalanraya yang
menghubungkan Pekan Kemasik dan Pekan Air jernih.Walau bagaimanapun,bagi memudahkan urusan pentadbiran,kampung ini diletakan dibawah satu pentadbiran iaitu JKKK Kg.Baru Kemasik.


Pada tahun 2009,pentadbiran J3K,telah dibahagikan kepada dua J3K iaitu J3K Kg.Baru kemasik dan J3K Kg. Baru Kiri. Tujuannya tidak lain hanya untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran dan matlamat kerajaan untuk memajukan kampung berintegeriti akan tercapai.Sesuai dengan pendekatan “ TRANSFOMASI TERENGGANU BAHARU” , indek untuk memajukan kampung melalui J3K akan terlaksana.