Dikesempatan waktu yang diberikan, marilah kita sama-sama menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK J3K Kampung Baru Kemasik kerana bertungkus lumus berkerjasama menyiapkan profil kampung.

Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya dan kini kita telah melangkah ke tahun 2017 dengan penuh kegemilangan dan 1001 macam perubahan yang menandakan satu titik permulaan yang baru dan akan di warnai dengan kejayaan dan kesungguhan. Sesuai dengan agenda kerajaan dan matlamat “TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU”


Justeru itu, marilah kita sama-sama menerima perubahan dengan hati, minda dan semangat yang terbuka, telus dan dengan penuh keikhlasan. Saya amat berharap setiap warga J3K dan masyarakat setempat dapat sama-sama membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua.Inshaallah…..

Saya juga amat berharap, kerjasama serta permuafakatan yang sedia terjalin di antara pentadbiran J3K dengan penduduk Kampung Baru kemasik akan bertambah utuh dan ianya akan membawa banyak manfaat kepada kita semua, terutama dari segi pembangunan kampung. Perlu di ingatkan bahawa setiap warga penduduk merupakan nadi kepada pertubuhan atau persatuan yang memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai satu-satu matlamat. Sikap toleransi, keperihatinan serta pengorbanan yang gitu amatlah penting untuk sesebuah kampung berubah serta mencapai dan mencetus kejayaan.

Saya amat berharap dengan pentadbiran yang baru, marilah kita sama-sama, samada yang memegang jawatan dalam apa jua pertubuhan, persatuan atau pun tidak, kita merupakan adik-beradik, saudara dan keluarga dalam kampung kita. Andainya ada yang terkecil hati, terasa hati dan tidak puas hati sama sama kita perbetulkan. Permuafakatan kita ibarat “BAGAI AUR DENGAN TEBING” kita memerlukan di antara satu sama lain. Ibarat kata berteduh dibawah satu PAYUNG. Justeru itu marilah kita “BERSATU, BERMUAFAKAT, BERJAYA” demi kebaikan, kejayaan dan kemakmuran kampung kita. Insyaallah kita akan dapat hasilnya jika kita berubah dari segi Mental, Emosi, Fizikal dan Sosial.

Sesungguhnya ahkir dari saya, ingat mengingati, pesan memesan dan tegur menegur adalah peninggalan yang abadi dan merupakan perintis ke arah kejayaan di dalam sesebuah organisasi dan pentadbiran. Sesuatu yang kecil bagi kita tetapi besar bagi masyarakat.Sesungguhnya Kampung Baru Kemasik adalah KITA.



Sekian dan salam hormat.Terima kasih.